Email:
Nama Penuh:
Nombor Telefon

Saturday, January 5, 2013

[Teknik Pembentangan] Semakin dilukis, semakin mengangguk mereka

Lukisan pada flip chart digunakan bagi memudahkan penyampaian pembentang kepada peserta. Imej juga berperanan mengurangkan lambakan teks pada flip chart. Ia menjadikan flip chart lebih kemas dan lebih ruang bagi catatan tambahan.

Apakah jenis lukisan yang dapat kita gunakan pada flip chart ketika sesi pembentangan?

(1) Lukis imej bagi menunjukkan situasi dalam konsep cerita.

Pembentang bertanya, "Cuba lihat lukisan kumpulan orang lidi di bilik mesyuarat pada flip chat ini. Apa yang berlaku dalam sebuah mesyuarat?"

Kata peserta A, "Saya melihat imej jam dalam bilik menyuarat. Pasti mesyuarat mengambil masa lama."

Kata peserta B, "Salah satu orang lidi dalam mesyuarat itu mendominasi mesyuarat dengan suaranya sahaja. Lihatlah cara dia bercakap dengan semua ahli mesyuarat. 

(2) Lukis imej yang bertindak sebagai analogi bagi menerangkan konsep abstrak.

Pembentang melukis gambar van dan basikal. Selepas itu beliau berkata, "Cara kita menuju kejayaan sama ada lambat atau awal bergantung kepada pilihan kenderaan kejayaan kita."

Pembentang berhenti sebentar dan berkata, " Ada orang mahu segera, maka mereka memilih kenderaan yang lebih laju ke arah rancanganya. Seperti lelaki lidi yang merancang mahu berhenti kerja."


..

ZAMRI MOHAMAD. Trainer yang mengendalikan kursus dan coaching di agensi kerajaan dan swasta sejak tahun 2009. Ketahui lebih lanjut seni presentasi santai dan berimpak tinggi, klik di sini.

Thursday, January 3, 2013

[Teknik Pembentangan] Pen merah bercinta dengan flip chart


Setinggi mana flip chart ditampal pada dinding?

Cadangan pakar adalah tidak lebih enam kaki dari lantai. Tujuan agar peserta tidak mendongak ketika membacanya sambil duduk.

Flip chart digunakan oleh peserta dan pembentang. Hasil akhir pembentangan akan ditampal sepanjang dinding dewan agar peserta dapat melihat peta besar perbincangan.


Pen merah  dan kesan kepada pembentangan

Pen merah memberi kesan kepada tumpuan peserta. Apakah fungsi pen merah dalam presentais menggunakan flip chart?

Di mana isi penting peserta?

Pen merah berfungsi memberi penekanan kepada isi-isi penting yang ditulis oleh pembentang dan peserta dalam aktiviti. Pembentang akan menggunakan pen merah bagi menanda isi yang penting pada setiap kertas yang diisi oleh peserta.

Di mana isi umum dan isi peneguhan skrip pembentang?

Pen merah bertindak mengasingkan isi umum dan isi peneguhan dalam skrip penyampaian ketika progam.

Di manakah kesimpulan pembentangan kepada peserta?

Menggunakan pen merah akan menjadikan kesimpulan pembentang lebih teratur. Ayat demi ayat dapat disusun oleh pembentang dengan menggunakan isi-isi yang mempunyai kesan dakwat merah pada flip chart. Ia menjadi peta panduan pembentang.


..

ZAMRI MOHAMAD. Trainer yang mengendalikan kursus dan coaching di agensi kerajaan dan swasta sejak tahun 2009. Ketahui lebih lanjut seni presentasi santai dan berimpak tinggi, klik di sini.

Tuesday, January 1, 2013

[Teknik Pembentangan] Flip Chart dan meraikan idea peserta

Bagaimana cara kita meraikan idea peserta?

Erti kata lain, pembentang seolah-olah berkata, "Saya dengar dan berasa idea saudara penting," atau, "Saya mendengar dan saya ambil berat maklum balas ini."

Rekodkan idea dan maklum balas yang diberikan peserta pada flip chart dengan memenuhi perkara berikut.

  • Tulis setiap satu idea yang diberikan oleh peserta meskipun pembentang berasa ia tidak logik dan tidak tepat. 
  • Gunakan warna yang berbeza bagi setiap idea yang diberikan peserta.
  • Gunakan ejaan penuh apabila merekodkan idea peserta.
  • Penggunaan singkatan dilakukan secara terpilih, iaitu ia tidak mendominasi ejaan pada flip chart.
Bagi mendorong peserta memberi idea demi idea, gunakan kedua-dua skrip ini.
  • Bacakan semula idea yang dicatat.
  • Selepas itu sambung semula dengan berkata, "Ada sebarang tambahan?"
Sekiranya peserta bersifat reserve atau mendiamkan diri. Cipta momentum dengan mencetuskan situasi sesi idea.
  • Pembentang bertanya, peserta mendiamkan diri.
  • Pembentang memulakan satu idea dicatat terlebih dahulu.
  • Pembentang menggalakkan sumbangan idea. Peserta masih mendiamkan diri.
  • Pembentang menggunakan bahasa tubuh condong ke arah peserta, memandang ke salah seorang peserta dan menyebut idea tambahan. Kemudian menulisnya.
  • Pembentang membuka lagi sesi sumbangan idea, "Ada sebarang idea lagi?"
  • Pembentang menggunakan teknik bahasa tubuh dan memandang ke bahagian lain dan menyebut idea baru kemudian menulisnya.
Dalam situasi tertentu, pembentang memberi masa seminit dua bagi para peserta mencatatkan idea mereka ke atas kertas kosong pada meja. Peserta lebih selesa membacakan idea mereka pada kertas sebagai satu cara menyumbangkan idea. Momentum berlaku selepas itu apabila idea-idea spontan timbul.


..

ZAMRI MOHAMAD. Trainer yang mengendalikan kursus dan coaching di agensi kerajaan dan swasta sejak tahun 2009. Ketahui lebih lanjut seni presentasi santai dan berimpak tinggi, klik di sini.


Monday, December 31, 2012

[Teknik Pembentangan] Flip Chart dan serangan soalan


Bilakah soalan diajukan kepada peserta ketika dalam pembentangan?

(1) Ketika memperkenalkan topik.

"Mari kita bermula dengan soalan, apakah itu penulisan persuasif?"

(2) Ketika kita selesai membentangkan topik utama dan bergerak ke sub topik.

"Kita sudah menguasai asas penulisan persuasif. Berapakah model penulisan persuasif?"

(3) Ketika kita mahu membuka perbincangan terbuka.

"Apa yang ingin diketahui oleh saudara berkenaan topik penulisan persuasif?"
"Apa yang dapat kita lihat daripada lukisan pada kertas?"

Soalan-soalan ini dapat disediakan pada flip chart sebelum program bermula. Ia ditulis pada bahagian atas. Biarkan ruangan bawah dikosongkan. 

Ruangan kosong digunakan bagi mencatat respons peserta terhadap soalan yang dikemukakan. 


Kredit foto Write Best

Tuliskan respons menggunakan kata kunci sahaja.

Kaedah ini dapat digunakan dalam perbincangan kumpulan apabila setiap kertas mahjung diberikan kepada kumpulan mempunyai soalan bagi tujuan perbincangan.

Soalan-soalan pada kertas mahjung dapat dibezakan berdasarkan kumpulan. 


..

ZAMRI MOHAMAD. Trainer yang mengendalikan kursus dan coaching di agensi kerajaan dan swasta sejak tahun 2009. Ketahui lebih lanjut seni presentasi santai dan berimpak tinggi, klik di sini.



Sunday, December 30, 2012

[Teknik Pembentangan] Flip chart dan video pasangan dua darjat

Kita menggunakan video sebagai alat bantu visual bagi menjelaskan sesuatu perkara dalam topik yang disampaikan. Video dan flip chart adalah pasangan yang saling lengkap melengkapi dalam pembentangan.

Sebelum menggunakan video bagi menunjukkan sebarang maklumat. Ajukan soalan kepada peserta dan jadikan flip chart sebagai medium merekodkan jawapan mereka.

Apakah kelebihan kaedah ini?

Pertama, soalan akan menjadikan pembentang dan peserta berinteraksi serta terlibat secara langsung.

Kedua, ia memberi ruang penglibatan secara langsung terhadap alat bantu visual.

Ketiga, ia mencetuskan situasi misteri terhadap maklumat sebenar.

Pembentang bertanya, "Berapa ramai yang diperlukan bagi mendorong orang ramai berkumpul dan bertindak?"

Para peserta memberi beberapa jawapan.

"Kita memerlukan 100 orang."
"Seorang sahaja memadai."
"Satu daerah melibatkan keluarga dan yang masih bujang."

Jawapan serius dan jawapan nakal daripada peserta dicatatkan satu persatu pada flip chart. Ia disenaraikan dalam bentuk susunan.

Pembentang menyenaraikan dan  kemudian berkata, "Baiklah, kita lihat video eksperimen ini. Ia disediakan oleh dua orang saintis yang melihat tingkah laku manusia di sebuah lokasi."

Video dimainkan dan jawapan sebenar ditunjukkan dalam video itu.

Pembentang kembali ke arah flip chart dan meraikan semua jawapan yang diberikan.

"Semua jumlah ini penting dan ia bermula dari ..... orang."


...

ZAMRI MOHAMAD. Trainer yang mengendalikan kursus dan coaching di agensi kerajaan dan swasta sejak tahun 2009. Ketahui lebih lanjut seni presentasi santai dan berimpak tinggi, klik di sini.


[Teknik Pembentangan] Flip chart peta agenda kita

"Ini adalah perkara yang akan kita sentuh sepanjang hari ini...."

Ayat yang disampaikan oleh pembentang kepada para peserta merupakan ayat panduan bagi memberi arah tuju program sepanjang hari.


"Ini adalah perkara yang akan kita akan sama-sama sentuh sepanjang hari ini...."

Kemudian, pembentang akan menggunakan flip chart bagi menunjukkan satu persatu perkara yang akan disampaikan dalam sesi itu.

Ini disebut sebagai agenda.

Agenda ditulis sebelum program bermula. Agenda melibatkan.

  • Maklumat masa bagi setiap modul yang akan disampaikan kepada peserta.

"Kita akan bermula dengan sesi merangka pelan tindakan pada sesi pertama. Selepas minum pagi kita akan bergerak ke sesi penilaian pelan tindakan itu tadi."

  • Senarai sub tajuk dalam sesi yang mahu diketengahkan kepada peserta.
"Dalam sesi pertama, iaitu sesi merangka pelan tindakan, kita akan menguasai tiga perkara iaitu kekuatan, kelemahan dan halangan pelan tindakan."

Teks pada flip chart tidak melebihi 7 garisan. Misalnya;

....

Agenda (garisan 1)
Hari pertama (garisan 2)
Jam 8.00 - 1-00 pagi (garisan 3)
Sesi pelan tindakan (garisan 4)
Kekuatan pelan (garisan 5)
Kelemahan pelan ( garisan 6)
Halangan (garisan 7)

.....

Tukar ke helaian seterusnya sekiranya helaian pertama sudah menyentuh garisan ketujuh.

Bagaimana agenda program disampaikan selain daripada menggunakan teks?


Agenda program dapat disampaikan secara visual berbanding teks.


Dalam sesetengah keadaan, berlaku perbincangan antara pembentang dan peserta berkenaan masa atau pilihan topik. Maka agenda dapat diubah menggunakan pen marker berlainan warna. 

Agenda pada flip chart dapat diubah apabila berlaku perubahan masa kerana faktor luar kawalan. Keadaan seperti peserta tidak mencapai jumlah minima atau kelewatan kerana faktor luar dewan.


...

ZAMRI MOHAMAD. Trainer yang mengendalikan kursus dan coaching di agensi kerajaan dan swasta sejak tahun 2009. Ketahui lebih lanjut seni presentasi santai dan berimpak tinggi, klik di sini.

[Teknik Pembentangan] Flip chart putih, kosong emosi

Teknik pembentangan untuk mesyuarat dan program

Pernahkah kita melihat kafe meletakkan papan hijau bertulis senarai menu harian di depan pintu masuk kafe?

Menu itu berubah setiap hari dan mengubah mood pembaca. Pelanggan akan mengesahkan pilihan sebelum masuk ke kafe.

Perkara yang sama berlaku dalam pembentangan umum. Setkan pilihan emosi dan fokus peserta sebelum mereka masuk ke dalam dewan program.

Jangan biarkan papan flip chart dan papan putih kelihatan kosong sebelum bengkel. Cipta mood peserta sebelum program bermula. Lakukan sesuatu pada flip chart atau papan putih terlebih dahulu.

Apakah yang perlu ditulis pada flip chart?

  • Tuliskan ucapan selamat datang. Contoh, "Tuan yang ditunggu sudah tiba...."
  • Tuliskan ayat yang memberitahu mereka berada di tempat yang betul. Contoh, Coaching penulisan dari blog menjadi buku.
  • Tuliskan ayat yang meraikan jawatan para peserta. Contoh, "Kumpulan pengurusan tertinggi di sesi...."
  • Tuliskan ayat-ayat positif yang menggembirakan emosi mereka. Contoh,  "Tenang dan bergembira sepanjang sesi...." 
  • Tuliskan mana-mana poin yang disenaraikan bersama lukisan yang menampilkan wajah cerita dan positif.

Posisikan papan flipchart pada kedudukan yang dapat dilihat oleh peserta sebaik sahaja membuka pintu dewan. Mereka membaca dan mendapatkan mesej awal.

Ini membantu kita ketika kita sedang menunggu para peserta masuk. Ia juga memudahkan tugas kita hilang sementara dari dewan kerana sebab-sebab tertentu. Misalnya, apabila kita mahu ke tandas secara tiba-tiba.

Ia memberi label positif kepada pembentang, "Beliau meraikan kita."

Gunakan dua warna yang kontras pada halaman pertama flip chart. Warna merah dan hitam, biru dan merah atau hitam dan hijau.

Setkan emosi bertenang para peserta sebelum mereka duduk dan sebelum kita berkata-kata. Jadikan flipchart pemudah cara tugas kita.

...

ZAMRI MOHAMAD. Trainer yang mengendalikan kursus dan coaching di agensi kerajaan dan swasta sejak tahun 2009. Ketahui lebih lanjut seni presentasi santai dan berimpak tinggi, klik di sini.