Email:
Nama Penuh:
Nombor Telefon

Tuesday, January 1, 2013

[Teknik Pembentangan] Flip Chart dan meraikan idea peserta

Bagaimana cara kita meraikan idea peserta?

Erti kata lain, pembentang seolah-olah berkata, "Saya dengar dan berasa idea saudara penting," atau, "Saya mendengar dan saya ambil berat maklum balas ini."

Rekodkan idea dan maklum balas yang diberikan peserta pada flip chart dengan memenuhi perkara berikut.

  • Tulis setiap satu idea yang diberikan oleh peserta meskipun pembentang berasa ia tidak logik dan tidak tepat. 
  • Gunakan warna yang berbeza bagi setiap idea yang diberikan peserta.
  • Gunakan ejaan penuh apabila merekodkan idea peserta.
  • Penggunaan singkatan dilakukan secara terpilih, iaitu ia tidak mendominasi ejaan pada flip chart.
Bagi mendorong peserta memberi idea demi idea, gunakan kedua-dua skrip ini.
  • Bacakan semula idea yang dicatat.
  • Selepas itu sambung semula dengan berkata, "Ada sebarang tambahan?"
Sekiranya peserta bersifat reserve atau mendiamkan diri. Cipta momentum dengan mencetuskan situasi sesi idea.
  • Pembentang bertanya, peserta mendiamkan diri.
  • Pembentang memulakan satu idea dicatat terlebih dahulu.
  • Pembentang menggalakkan sumbangan idea. Peserta masih mendiamkan diri.
  • Pembentang menggunakan bahasa tubuh condong ke arah peserta, memandang ke salah seorang peserta dan menyebut idea tambahan. Kemudian menulisnya.
  • Pembentang membuka lagi sesi sumbangan idea, "Ada sebarang idea lagi?"
  • Pembentang menggunakan teknik bahasa tubuh dan memandang ke bahagian lain dan menyebut idea baru kemudian menulisnya.
Dalam situasi tertentu, pembentang memberi masa seminit dua bagi para peserta mencatatkan idea mereka ke atas kertas kosong pada meja. Peserta lebih selesa membacakan idea mereka pada kertas sebagai satu cara menyumbangkan idea. Momentum berlaku selepas itu apabila idea-idea spontan timbul.


..

ZAMRI MOHAMAD. Trainer yang mengendalikan kursus dan coaching di agensi kerajaan dan swasta sejak tahun 2009. Ketahui lebih lanjut seni presentasi santai dan berimpak tinggi, klik di sini.


No comments:

Post a Comment