Email:
Nama Penuh:
Nombor Telefon

Sunday, December 30, 2012

[Teknik Pembentangan] Flip chart dan video pasangan dua darjat

Kita menggunakan video sebagai alat bantu visual bagi menjelaskan sesuatu perkara dalam topik yang disampaikan. Video dan flip chart adalah pasangan yang saling lengkap melengkapi dalam pembentangan.

Sebelum menggunakan video bagi menunjukkan sebarang maklumat. Ajukan soalan kepada peserta dan jadikan flip chart sebagai medium merekodkan jawapan mereka.

Apakah kelebihan kaedah ini?

Pertama, soalan akan menjadikan pembentang dan peserta berinteraksi serta terlibat secara langsung.

Kedua, ia memberi ruang penglibatan secara langsung terhadap alat bantu visual.

Ketiga, ia mencetuskan situasi misteri terhadap maklumat sebenar.

Pembentang bertanya, "Berapa ramai yang diperlukan bagi mendorong orang ramai berkumpul dan bertindak?"

Para peserta memberi beberapa jawapan.

"Kita memerlukan 100 orang."
"Seorang sahaja memadai."
"Satu daerah melibatkan keluarga dan yang masih bujang."

Jawapan serius dan jawapan nakal daripada peserta dicatatkan satu persatu pada flip chart. Ia disenaraikan dalam bentuk susunan.

Pembentang menyenaraikan dan  kemudian berkata, "Baiklah, kita lihat video eksperimen ini. Ia disediakan oleh dua orang saintis yang melihat tingkah laku manusia di sebuah lokasi."

Video dimainkan dan jawapan sebenar ditunjukkan dalam video itu.

Pembentang kembali ke arah flip chart dan meraikan semua jawapan yang diberikan.

"Semua jumlah ini penting dan ia bermula dari ..... orang."


...

ZAMRI MOHAMAD. Trainer yang mengendalikan kursus dan coaching di agensi kerajaan dan swasta sejak tahun 2009. Ketahui lebih lanjut seni presentasi santai dan berimpak tinggi, klik di sini.


No comments:

Post a Comment