Email:
Nama Penuh:
Nombor Telefon

Sunday, December 30, 2012

[Teknik Pembentangan] Flip chart putih, kosong emosi

Teknik pembentangan untuk mesyuarat dan program

Pernahkah kita melihat kafe meletakkan papan hijau bertulis senarai menu harian di depan pintu masuk kafe?

Menu itu berubah setiap hari dan mengubah mood pembaca. Pelanggan akan mengesahkan pilihan sebelum masuk ke kafe.

Perkara yang sama berlaku dalam pembentangan umum. Setkan pilihan emosi dan fokus peserta sebelum mereka masuk ke dalam dewan program.

Jangan biarkan papan flip chart dan papan putih kelihatan kosong sebelum bengkel. Cipta mood peserta sebelum program bermula. Lakukan sesuatu pada flip chart atau papan putih terlebih dahulu.

Apakah yang perlu ditulis pada flip chart?

  • Tuliskan ucapan selamat datang. Contoh, "Tuan yang ditunggu sudah tiba...."
  • Tuliskan ayat yang memberitahu mereka berada di tempat yang betul. Contoh, Coaching penulisan dari blog menjadi buku.
  • Tuliskan ayat yang meraikan jawatan para peserta. Contoh, "Kumpulan pengurusan tertinggi di sesi...."
  • Tuliskan ayat-ayat positif yang menggembirakan emosi mereka. Contoh,  "Tenang dan bergembira sepanjang sesi...." 
  • Tuliskan mana-mana poin yang disenaraikan bersama lukisan yang menampilkan wajah cerita dan positif.

Posisikan papan flipchart pada kedudukan yang dapat dilihat oleh peserta sebaik sahaja membuka pintu dewan. Mereka membaca dan mendapatkan mesej awal.

Ini membantu kita ketika kita sedang menunggu para peserta masuk. Ia juga memudahkan tugas kita hilang sementara dari dewan kerana sebab-sebab tertentu. Misalnya, apabila kita mahu ke tandas secara tiba-tiba.

Ia memberi label positif kepada pembentang, "Beliau meraikan kita."

Gunakan dua warna yang kontras pada halaman pertama flip chart. Warna merah dan hitam, biru dan merah atau hitam dan hijau.

Setkan emosi bertenang para peserta sebelum mereka duduk dan sebelum kita berkata-kata. Jadikan flipchart pemudah cara tugas kita.

...

ZAMRI MOHAMAD. Trainer yang mengendalikan kursus dan coaching di agensi kerajaan dan swasta sejak tahun 2009. Ketahui lebih lanjut seni presentasi santai dan berimpak tinggi, klik di sini.

No comments:

Post a Comment